China Sambut Hari Karbon Rendah

2021-08-25 15:28:03  CRI
Share with:

China Sambut Hari Karbon Rendah_fororder_1629857131945_706_1280x720

China Sambut Hari Karbon Rendah_fororder_1629857215439_879_1281x716

25 Ogos digazetkan sebagai Hari Karbon Rendah di China. Ketika ini, China giat berusaha mewujudkan sasaran puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan neutral karbon menjelang 2060.

Pada masa sama, pasaran perdagangan karbon turut menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat.

China mula merintis perdagangan karbon pada tahun 2011, dan pasaran perniagaan hak pelepasan karbon negara dilancarkan secara rasmi pada Julai lalu.

Perdagangan karbon atau perniagaan hak pelepasan karbon merupakan salah satu pendekatan untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau menerusi mekanisme pasaran, selain langkah inovatif China untuk mewujudkan matlamat tersebut.

Pusat perdagangan karbon negara terletak di premis Bursa Persekitaran dan Tenaga Shanghai (SEEE), sementara Sungai Suzhou iaitu sungai ibunda Shanghai pula berada di seberangnya. Bukan sekadar memiliki persekitaran yang indah, malah reka bentuk seni bina seluruh pusat perdagangan karbon juga berinspirasikan konsep mesra alam.

 

覃淼