AS Dinasihati Berhenti Politikkan Usaha Rungkai Asal Usul COVID-19

2021-08-25 15:19:43  CRI
Share with:

Laporan analisis sumber koronavirus baharu rekaan agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) atas permintaan Presiden Joe Biden dilaporkan telah diselesaikan semalam.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akbhar semalam menyatakan bahawa laporan yang bersifat 'yang maling berteriak maling' tersebut sebenarnya bertujuan mencari kambing hitam berdasarkan 'bukti' rekaan yang dicantumkan sesudah kesimpulan terbabit dibuat terlebih dahulu. AS dinasihati menghentikan pelaksanaan modus operandinya yang mempolitikkan usaha merungkai asal usul COVID-19 yang sepatutunya dijadikan isu sains.

Wang berkata, merungkai asal usul COVID-19 tidak memerlukan apa yang disebut maklumat perisikan, melainkan proses saintifik. Sehubungan itu, menugaskan agensi perisikan mengkaji asal usul virus dianggap perbuatan anti-sains.

Wang menekankan bahawa AS memilih mempolitikkan usaha melawan wabak sejak tercetusnya COVID-19 di negara sendiri, sehingga mengakibatkan jumlah jangkitan dan kematian di negara sendiri  paling banyak di dunia.

Ingatlah, negara Uncle Sam, usaha merungkai asal usul COVID-19 dilakukan untuk melindungi nyawa dan kesihatan rakyat pelbagai negara, bukan untuk mencari kamping hitam demi mengaut keuntungan sendiri.

张宪