75 Negara Menentang Usaha Rungkai Asal Usul COVID-19 Dipolitikkan

2021-08-26 14:43:24  CRI
Share with:

Baru-baru ini, masyarakat antarabangsa mengeluarkan suara yang lantang menentang usaha merungkai asal usul COVID-19 dipolitikkan.

Terdapat 75 buah negara sudah menghantar surat kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menentang usaha merungkai asal usul koronavirus baharu dipolitikkan yang patut dijadikan tugasan ahli sains.

Sementara itu, lebih 300 parti politik, pertubuhan sosial dan kumpulan pemikir (think tank) dari 100 buah negara dan kawasan telah menyerahkan “kenyataan bersama” kepada WHO untuk menyeru pengajian terhadap asal usul COVID-19 dijalankan di seluruh dunia secara objektif dan adil.

Sejumlah negara berpendapat bahawa virus adalah musuh semua umat manusia, dan hanya melalui kerjasama yang bersatu padu, barulah dapat diatasi. Laporan Pengajian Bersama Terhadap Asal Usul Koronavirus China-WHO terbitan WHO yang mendapat sambutan dalam masyarakat antarabangsa, patut dijadikan asas dan panduan bagi mendorong usaha merungkai asal usul COVID-19 di seluruh dunia.

Perdana Menteri Laos, Phankham Viphavanh menyatakan bahawa usaha merungkai asal usul koronavirus baharu merupakan isu sains, dan tidak boleh dikaitkan dengan diplomasi atau politik.

Duta Besar Rusia di China, Denisov pula menyatakan Rusia menentang dan mengecam sebarang perbuatan yang mempolitikan usaha merungkai asal usul COVID-19. Kita patut mengamalkan nilai multilateralisme dan menjalankan kerjasama secara objektif dan terbuka ketika menangani isu merungkai asal usul COVID-19. Menurut beliau, hanya dengan membuang prasangka dan mengambil langkah saintifik, barulah boleh mendapat kesimpulan yang boleh dipercayai dalam proses merungkai asal usul COVID-19.

张宪