Kapal Tunda Elektrik Pertama China Beroperasi

2021-08-26 15:55:19  CRI
Share with:

Kapal Tunda Elektrik Pertama China Beroperasi_fororder_0826_1

China melakar rekod baharu dalam pengoperasian kapal tunda elektrik selepas kapal tunda "Yungang Electric No. 1" memulakan operasinya di Pelabuhan Lianyungang, pada petang Rabu.

Kapal tunda elektrik pertama buatan China tersebut akan digunakan dalam operasi seperti membantu kapal besar keluar dan masuk pelabuhan.

Secara lazimnya, kapal tunda memerlukan tenaga besar yang kebanyakan bergantung kepada enjin diesel berkapasiti tinggi, selain turut menyebabkan pencemaran udara.

Dengan menggunakan bateri besi lithium fosfat sebagai sumber tenaga, "Yungang Electric No. 1" mampu beroperasi bersamaan kapasiti konvensional sebanyak 4,000 kuasa kuda.

Malah, ia turut difahamkan dapat menggantikan penggunaan bahan bakar tradisional dengan sifar pencemaran dan membantu dalam mengurangkan bunyi bising.

Berbanding dengan kapal tunda enjin diesel, kapal tunda elektrik dapat menjimatkan pengunaan diesel sebanyak 300 tan dan mengurangkan pelepasan karbon oksida sebanyak 900 tan setahun.

胡星