Xi Hubungi Putin Menerusi Telefon

2021-08-26 14:48:39  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin menerusi telefon semalam.

Xi berharap kedua-dua negara bertindak inovatif dalam kerjasama bilateral dan memperluas bidang kerjasama demi membuahkan hasil yang semakin banyak. Sementara itu, China bersedia memperdalam kerjasama penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran vaksin, memastikan kestabilan dan kelancaran rantai pembekalan global, dan menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi kesihatan sesama insan berdasarkan terjaminnya keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat kedua-dua negara.

Xi mengaskan, China menyokong Rusia memilih jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri dan mengambil langkah untuk memelihara keselamatan kedaulatan negara. Kedua-dua pihak diharap memanfaatkan momentum ulang tahun ke-20 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), bersama dengan anggota SCO yang lain memperhebat perpaduan dan kerjasama, meningkatkan sokongan antara satu sama lain, dan memelihara keamanan dan kepenting negara dalam pembangunan serantau.

Menyentuh tentang situasi Afghanistan, Xi menekankan, China menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Afghanistan, tidak memilih campur tangan dalam hal ehwal dalamannya, dan bersedia memainkan peranan membina untuk menyelesaikan masalah secara politik di negara itu. China bersedia mempertingkat interaksi dan penyelarasan dengan masyarakat antarabangsa, menggalakkan pelbagai puak Afghanistan membentuk kerangka politik yang terbuka dan toleran, melaksanakan dasar dalam dan luar yang moderat secara konsisten, memutuskan hubungan dengan kumpulan pengganas, dan memupuk persahabatan dengan negara asing terutamanya negara jiran.

Putin mengulangi sokongan Rusia terhadap dasar "Satu China" dan pendirian China untuk memelihara kepentingan teras dalam isu Taiwan, Hong Kong, Xinjiang dan Laut China Selatan. Sementara itu, Rusia menentang campur tangan kuasa luar dalam urusan dalaman China, membantah isu mengesan asal usul COVID-19 dipolitikkan, dan menanti-nantikan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam usaha membendung wabak.

Beliau menambah, Rusia dan China mempunyai pendirian yang mirip dan kepentingan yang sama dalam isu Afghanistan, dan pihaknya berhasrat mengintensifkan interaksi dan penyelarasan, serta membantu Afghanistan mengelakkan risiko keselamatan daripada menular ke luar yang dilihat penting bagi mengekalkan kestabilan serantau.

高蕾