Siasatan Kena Dijalankan ke Atas Fort Detrick dan Universiti North Carolina

2021-08-26 15:10:38  CRI
Share with:

Kalau pihak berkenaan mengekalkan pandangan tentang terwujudnya kemungkinan koronavirus baharu terbocor daripada makmal, siasatan berkenaan patut dijalankan ke atas Fort Detrick dan Universiti North Carolina Amerika Syarikat (AS) mengikut prinsip adil dan saksama. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media semalam.

Wang menyatakan bahawa Fort Detrick yang berpusatkan Institut Penyelidikan Perubatan Penyakit Berjangkit Tentera Darat AS, adalah pangkalan utama aktiviti biomiliterisasi di negara itu. Institut itu ditutup ekoran berlakunya suatu kemalangan keselamatan yang teruk, kemudian dilaporkan adanya kes penyakit yang simptomnya mirip dengan yang dikesan dalam kes COVID-19 di negara itu. Masalah seumpama ini tidak pernah dijelaskan AS kepada rakyatnya dan masyarakat antarabangsa.

Wang menggesa AS agar menghentikan manipulasi politik melalui isu merungkai asal usul COVID-19. Serentak itu, China berharap masayarakat antarabangsa bekerjasama untuk mendorong penyelesaian isu itu kembali ke landasan yang betul berdasarkan kerjasama sains. 

曹捷