Jepun Tidak Dibenarkan Lepaskan Air Kumbahan Nuklear ke Laut

2021-08-27 14:00:30  CRI
Share with:

Jepun didesak jangan melepaskan air kumbahan nuklear ke laut dengan hanya mengikut kehendak sendiri sebelum mendapat kata sepakat melalui perbincangan dengan pihak-pihak terbabit dan agensi antarabangsa berkenaan.

Demikian ditekankan Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam.

Laporan media Jepun mendedahkan kerajaan negaranya dan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) sudah membuat keputusan untuk melepaskan air kumbahan dari loji tenaga nuklear Fukushima ke laut melalui terowong yang akan dibina di dasar laut. Seorang pegawai Korea Selatan menyampaikan rasa kesal terhadap keputusan Jepun tersebut yang dibuat secara sepihak sebelum berbincang dengan negaranya. Menurut beliau, berbincang dengan negara jiran dan mengekalkan interaksi dianggap tanggungjawab wajar pihak Jepun.

Wang berkata, sebelum ini, Jepun telah membuat keputusan untuk melepaskan air kumbahan nuklear ke laut tanpa mempedulikan bantahan dari dalam dan luar negara. Kini Jepun terus mendorong pelaksanaan dasar dan persiapan teknologi berkenaan. Kesemua tindakan Jepun tersebut membuktikan bahawa negara itu sama sekali tidak bersikap ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang diberi perhatian pihak-pihak terbabit.

Wang menekankan, China mendesak Jepun membatalkan keputusan yang salah, melaksanakan kewajipan antarabangsa yang sewajarnya, dan jangan melepaskan air kumbahan nuklear ke laut dengan hanya mengikut kehendak sendiri sebelum mendapat kata sepakat dalam perbincangan dengan pihak-pihak terlibat dan agensi antarabangsa berkenaan.

张宪