Tinjauan CGTN: 84.6 Peratus Responden Setuju AS Gagal Di Afghanistan

2021-08-27 13:33:35  CRI
Share with:

Hasil tinjauan yang dilakukan oleh kumpulan pemikir China Global Television Network (CGTN) mendapati bahawa 84.6 peratus responden berpendapat Amerika Syarikat(AS) gagal dalam perang di Afghanistan.

Difahamkan, tinjauan umum ini dilakukan CGTN dengan menggunakan enam bahasa yang melibatkan Mandarin, Inggeris, Rusia, Perancis, Sepanyol dan Arab mulai pada 20 Ogos lalu menerusi platform Twitter, Facebook dan Youtube serta mikro blog dan Wechat China.

Setakat ini, tinjauan itu telah mendapat tanda suka kongsi dan komen sejumlah lebih 140 ribu buah dari responden seluruh dunia.

Tahun ini tarikh akhir pengunduran tentera AS dari Afghanistan. Setelah pasukan Taliban menakluki Kabul dan tentera kerajaan Afghanistan kelihatan cepat cerai-belai, AS terpaksa menarik balik tenteranya secara tergesa-gesa dari negara itu, sekali gus mengakhiri perang yang dicetuskannya dengan bertopengkan menentang keganasan pada 2001.

Seorang responden berbahasa Inggeris berpendapat, AS memusnahkan Iraq, Lybia, Syria dan Afghanistan untuk mengamalkan nilai-nilai mereka sendiri. Kesemuanya itu sebenarnya akibat dasar AS yang gagal.

Seorang responden berbahasa Perancis pula berpendapat pengunduran tentera AS membuktikan alasan atau motif AS dalam melancarkan perang di Afghanistan adalah palsu. AS mencetuskan perang bukan untuk merealisasikan demokrasi di Afganistan, sebaliknya untuk mengamalkan hegemonisme dan kawalan wang hitam.

Perhatian responden yang paling besar tertumpu kepada soalan “Menurut pandangan anda, mengapa AS suka berperang?” Setelah menganalisis sejarah dan keadaan sebenar di AS, mereka menyifatkan 'kompleks perindustrian ketenteraan' sebagai pihak yang mengawal diplomasi AS  yang mengakibatkan negara itu kerap kali mencetuskan perang.  

吕清