Patut Siasat Dua Makmal di AS

2021-08-27 13:55:00  CRI
Share with:

Tuntutan China tentang siasatan ke atas Fort Detrick dan Universiti North Carolina Amerika Syarikat (AS) adalah rasional dan betul, dan tidak mewujudkan apa yang disebut percanggahan pendapat. China hanya mahu memberitahu orang ramai bahawa bolehkah dipercayai atau tidak, dakwaan AS tentang apa yang disebut 'koronavirus terbocor daripada makmal' . Memastikan sama ada kebocoran tersebut atau tidak,  juga berfaedah bagi mengelakkan gangguan politik dari pihak AS dan menyediakan syarat yang baik kepada usaha merungkai asal usul COVID-19 secara saintifik. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika membalas manifestasi pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Mike Ryan ketika menjawab soalan mengenai dakwaan AS tersebut, menyatakan bahawa semua hipotesis tentang asal usul koronavirus baharu masih dirundingkan. China yang menuntut siasatan ke atas Fort Detrick dianggap bercanggahan dengan pendapat asalnya, kerana Beijing sejak sekian lama bersuara lantang dalam menentang kesimpulan itu.

Sehubungan itu, Wang menegaskan bahawa dalam isu merungkai asal usul COVID-19, pakar China bersama pakar WHO sudah mengeluarkan keputusan tentang 'koronavirus baharu sangat tidak berkemungkinan terbocor daripada makmal di Wuhan', dan saintis yang terbanyak di dunia termasuk sejumlah saintis AS menganggap tidak terdapat sebarang bukti yang boleh menyokong dakwaan 'koronavirus baharu terbocor dari makmal'.

Hanya kerajaan AS yang tidak menerima keputusan tersebut, berdegil menggembar-gemburkan 'koronavirus baharu terbocor daripada makmal di Wuhan'. Institut Virologi Wuhan pernah menerima siasatan pakar WHO sebanyak dua kali. Memandangkan Fort Detrick dan Universiti North Carolina mempunyai sejarah lama dalam penyelidikan koronavirus dan catatan keselamatan yang buruk, dan kerajaan AS tidak berganjak dari menggembar-gemburkan dakwaannya tentang 'koronavirus baharu terbocor daripada makmal', siasatan masyarakat antarabangsa sewajarnya dijalankan ke atas Fort Detrick. Kalau AS menolak tuntutan itu, motif sebenarnya akan terdedah, iaitu semata-mata mahu mempolitikkan isu merungkai asal usul COVID-19. 

曹捷