Perdagangan Luar Hong Kong Terus Meningkat

2021-08-27 15:58:29  CRI
Share with:

Jabatan Statistik Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) mengumumkan jumlah nilai eksport dan import masing-masing meningkat 26.9 peratus dan 26.1 peratus pada Julai.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada Khamis, jumlah nilai eksport komoditi di Hong Kong direkodkan sebanyak HKD417 bilion (RM224.47 bilion) pada bulan Julai.

Ia sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 26.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas susulan kadar peningkatan 33 peratus pada bulan Jun.

Manakala, jumlah nilai komoditi import pula dicatatkan sebanyak HKD451.9 bilion (RM243.26 bilion) pada bulan Julai, atau meningkat 26.1 peratus, yang turut membawa defisit perdagangan HKD35 bilion (RM18.84 bilion).

Memetik jurucakap kerajaan Hong Kong, kadar peningkatan eskport komoditi pada bulan Julai adalah hampir sama dengan suku kedua tahun ini disebabkan permintaan masyarakat antarabangsa yang semakin pulih.

Sementara itu, eksport ke Tanah Besar, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) turut memperlihatkan peningkatan yang ketara di samping pengeksportan ke pasaran lain di Asia.

Sebagai makluman, untuk tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah nilai perdagangan di Hong Kong mencatat HKD5.61 trilion (RM3.02 trilion), iaitu 13.1 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018.

Dalam pada itu, prospek eksport Hong Kong diunjur akan terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam jangka pendek susulan pemulihan ekonomi global.

Namun begitu, faktor ketidaktentuan masih lagi berlegar ekoran penularan varian baharu virus COVID-19, ketegangan geopolitik di Asia Barat dan beberapa faktor lain.

胡星