Netizen China Cecah Satu Bilion

2021-08-28 13:56:27  CRI
Share with:

Setakat bulan Jun lalu, jumlah netizen di China telah mencapai 1.011 bilion orang, bertambah 21.75 juta berbanding bulan Disember tahun 2020. Ini sama dengan 71.6% populasi negara ini mempunyai akses internet. Data demikian terkandung dalam laporan terkini Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC) yang disiarkan semalam.

Menurut maklumat selanjutnya, penggunaan internet perseorangan di China pada setengah tahun pertama tahun ini menunjukkan trend pertumbuhan yang stabil dan lestari. Antaranya, jumlah netizen yang menggunakan aplikasi  untuk menempah makanan dan minuman, perubatan dan pengurusan kerja meningkat lebih daripada 10%, iaitu menonjolkan pertumbuhan yang paling ketara.

Selain itu, sebanyak 86.3% netizen China pernah menjalankan pembayaran melalui internet, dengan mencatat 872 juta orang, iaitu bertambah 17.87 juta orang berbanding bulan Disember tahun 2020. Serentak itu, 80.3% netizen yakni 812 juta orang mempunyai pengalaman membeli-belah dalam talian.

Seiring dengan pembangunan desa digital makin digalakkan di China, sebanyak 59.2% populasi di kawasan desa sudah mempunyai akses internet. Model komersial baharu dalam talian terutamanya promosi produk menerusi platform penstriman telah dijadikan saluran baharu dalam pemasaran hasil pertanian. 

曹捷