Laporan Asal Usul COVID-19 AS Bohong Belaka

2021-08-28 15:02:10  CRI
Share with:

Laporan Asal Usul COVID-19 AS Bohong Belaka_fororder_微信图片_20210828145831

Dua kemungkinan tentang koronavirus baharu berasal dari alam sekitar atau terbocor dari makmal tidak boleh disingkirkan.

Demikian pandangan yang dipaparkan dalam laporan siasatan merungkai asal usul koronavirus baharu dari Jabatan Ketua Pengarah Perisikan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam.

Laporan itu juga memfitnah China mengganggu penyiasatan antarabangsa, menolak perkongsian maklumat dan mencela negara lain. Pada hari yang sama ketika mengeluarkan kenyataan berhubung laporan yang mendakwa China menghalang penyiasatan antarabangsa, Rumah Putih menunjukkan niatnya mahu bersama sekutunya memberikan tekanan kepada China.

Laporan AS yang bohong belaka itu turut menimbulkan bantahan keras dari pihak China, kerana karya rekaan badan perisikan AS itu tanpa elemen saintifik dan sama sekali tidak boleh dipercayai.

Sejak tercetusnya COVID-19, China sentiasa menjunjung tinggi prinsip terbuka, telus dan bertanggungjawab, segera memperkenalkan dan memaklumkan urutan gen virus, serta mempergiat kerjasama antarabangsa untuk membendung wabak. Menyentuh usaha merungkai asal usul COVID-19, China yang bersikap saintifik, profesional, serius dan bertanggungjawab, pernah mengundang pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengunjungi negara ini sebanyak dua kali.

Sebaliknya, perbuatan AS menugaskan badan perisikan membuat kesimpulan sains itu turut mendapat bantahan dari masyarakat antarabangsa. Lebih 300 parti politik, pertubuhan masyarakat dan kumpulan pemikir dari lebih 100 buah negara dan rantau telah menyerahkan kenyataan bersama kepada sekretariat WHO untuk menolak usaha merungkai asal usul COVID-19 dipolitikkan.

Kenapa AS yang mempertahankan dakwaan 'koronavirus baharu terbocor dari makmal', tidak berani mengundang pasukan WHO ke Fort Detrick dan University North Carolina untuk menjalankan penyiasatan terbabit?

China menyokong dan sudi melibatkan diri secara saintifik dalam usaha merungkai asal usul COVID-19 fasa kedua yang sepatutnya dilanjutkan berdasarkan kesimpulan yang tercapai pada fasa pertama, dan diadakan di sejumlah tempat di sejumlah negara. Dengan itu, barulah kita dapat menemui kebenaran dan mendapat jawapan.

高蕾