AS Politikkan Isu Rungkai Asal Usul COVID-19, Keji!

2021-08-29 15:48:25  CRI
Share with:

AS Politikkan Isu Rungkai Asal Usul COVID-19, Keji!_fororder_微信图片_20210829120006

Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu semalam telah menerima wawacara wartawan Kumpulan Media China(CMG) mengenai laporan siasatan tentang pengesanan asal usul COVID-19 yang dikeluarkan badan perisikan Amerika Syarikat (AS). Beliau menganggap apa yang disebut laporan itu adalah laporan yang 100% berbau politik, penuh dengan kebohongan, dan kekurangan elemen sains serta bukti yang menyakinkan.

Ma mewakili pihak China mengeluarkan bantahan yang serius kepada AS yang juga mengeluarkan kenyataan yang bertujuan memfitnah China. 

China pernah menegaskan berulang kali bahawa penyelidikan mengesan asal usul koronavirus baharu adalah isu sains yang rumit yang sepatutnya dijalankan oleh saintis sejagat berdasarkan kerjasama. AS yang degil berbohong untuk  mengambinghitamkan China dan memburukkan nama China, gagal menunjukkan sebarang bukti yang sebenar. Komplot AS  yang mempolitikkan isu merungkai asal usul COVID-19, terdedah sering dengan berlangsungnya penyiasatan badan perisikan atas arahan Presiden negaranya.

AS yang mendakwa China tidak mengambil sikap yang telus dan kerjasama dalam isu merungkai asal usul COVID-19, sememangnya membuta saja. Padahal, China amat mementingkan dan menyertai dengan aktif kerjasama sains sejagat, dan pernah mengundang pakar Pertubuhan Antarabangsa Sedunia (WHO) melawat China sebanyak dua kali. Pada awal tahun ini, pakar dari China dan WHO telah menjalankan tinjauan dan penyelidikan selama 28 hari di China dan bersama-sama mengeluarkan satu laporan yang mengandungi kesimpulan yang berwibawa, profesional dan saintifik.

Namun, pihak AS setakat ini menolak membuat respons terhadap kecurigaan rasional dari masyarakat antarabangsa tentang Fort Detrick dan lebih 200 pangkalan ujian ekologinya di sebarang laut, dan hanya kelihatan mahu menutup kebenaran serta melarikan diri daripada memikul tanggungjawab yang wajar. AS wajib memberikan penjelasan terbabit kepada dunia.

China sekali lagi memberikan nasihat yang serius kepada AS bahawa komplotnya mustahil berjaya, menghentikan saja dengan segera semua tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan sejagat dalam memerangi wabak COVID-19, dan kembali ke landasan betul ketika menangani isu merungkai asal usul COVID-19 melalui penyelidikan sains dan isu bekerjasama melawan pandemik COVID-19. 

曹捷