Kekal Saintifik Rungkai Asal Usul COVID-19

2021-08-29 16:03:46  CRI
Share with:

Kekal Saintifik Rungkai Asal Usul COVID-19_fororder_W020210827519271268632

Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing menyiarkan satu artikel yang bertajuk “Kekal Saintifik Rungkai Asal Usul COVID-19, Bersatu-padu Tangkis Pandemik” dalam lebih 10 surat khabar tempatan pada 26 Ogos lalu.

Artikel itu menyatakan bahawa China dengan aktif bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai isu mengesan asal usul COVID-19 sejak tercetusnya wabak pada peringkat awal, dan berkongsi urutan genom virus dengan serta-merta. China pernah mengundang pakar WHO sebanyak dua kali untuk melawat negara ini dan menjalankan penyelidikan mengenai asal usul COVID-19 dan menyokong dengan sepenuhnya kerja kumpulan pakar WHO supaya mereka dapat melawat semua institusi dan bertemu dengan sesiapa pun mengikut kehendak mereka. Kemudian, WHO mengeluarkan Laporan Penyelidikan Bersama China-WHO, yang mengandungi kesimpulan yang berbunyi bahawa virus berkenaan diklasifikasikan sebagai “sangat tidak berkemungkinan” terbocor dari makmal, dan mengemukakan sejumlah cadangan termasuk mencari kes penyakit yang berkemungkinan dikesan lebih awal dalam lingkungan dunia dan menjalankan penyelidikan mengenai kemungkinan penularan virus melalui rantai sejuk. Kesemua ini terus diiktiraf masyarakat antarabangsa dan kalangan saintis.

Seramai lebih 80 buah negara sudah pun menghantar surat kepada Ketua Pengarah WHO, mengeluarkan kenyataan atau cara lain untuk menyokong Laporan Penyelidikan Bersama China-WHO dan menentang tindakan mempolitikkan isu mengesan asal usul COVID-19. Lebih 300 buah parti politik, pertubuhan sosial dan kumpulan pemikir daripada lebih 100 buah negara dan kawasan menyerahkan kenyataan bersama kepada sekretariat WHO untuk menyeru WHO menjalankan penyelidikan mengenai asal usul COVID-19 secara objektif dan adil, dan juga menentang cubaan mempolitikkan isu itu.   

China yakin dengan perpaduan dan kerjasama seluruh dunia, manusia pasti akan mencapai kejayaan dalam memerangi wabak COVID-19.

 

曹捷