NHC Sokong Rungkai Asal Usul COVID-19 Dalam Lingkungan Sejagat

2021-08-29 16:01:56  CRI
Share with:

Naib Menteri Jawatankuasa Kesihatan Negara (NHC), Zeng Yixin telah menerima wawancara wartawan mengenai laporan siasatan badan perisikan Amerika Syarikat (AS) tentang isu mengesan asal usul COVID-19. Beliau menyatakan bahawa melalui modus operandi yang ironi ini, iaitu  laporan siasatan mengenai asal usul COVID-19 bukan dikeluarkan oleh agensi perubatan yang profesional, melainkan badan perisikan,  jelaslah siapa yang bertindak mempolitikkan isu terbabit.

Kerajaan China berdasarkan prinsip terbuka, telus, saintifik dan kerjasama menyokong dengan sepenuhnya penyelidikan mengenai asal usul COVID-19. Pada bulan Julai tahun 2020, WHO sudah pun menghantar satu kumpulan pakar perintis ke China untuk membincangkan dan menggubal rancangan kerja (TOR) dan kemudian menugaskan lagi satu kumpulan pakar mengadakan tinjauan rasmi ke China pada awal tahun ini.

NHC bekerjasama dengan kerajaan daerah dan berusaha memenuhi semua tuntutan pakar WHO termasuk sembilan institusi yang mereka hendak melawat termasuk Hospital Jinyintan, pasar hasilan laut Huanan dan Insititut Virologi Wuhan serta semua orang yang mereka hendak bertemu termasuk kakitangan perubatan, pekerja makmal, ahli penyelidikan sains, pengendali pasar, pengusaha, penduduk komuniti, pesakit yang sudah sembuh dan saudara mara mangsa. Laporan penyelidkan bersama yang dikeluarkan secara rasmi pada bulan Mac lalu diiktiraf kalangan saintis sejagat. Pakar China juga telah menyerahkan cadangan tentang kerja mengesan asal usul COVID-19 seterusnya pada bulan Julai lalu.

Zeng menekankan bahawa mengesan asal usul COVID-19 merupakan isu sains yang rumit, yang penyelidikannya sepatutnya dan hanya dapat dijalankan oleh saintis sejagat secara kerjasama. China harap AS melihat isu itu sebagai isu sains dan menyokong saintis menjalankan penyelidikan berkenaan di sejumlah tempat di sejumlah negara termasuk AS.

曹捷