Pameran Kereta Antarabangsa Chengdu Buka Tirai

2021-08-30 15:27:26  CRI
Share with:

Pameran Kereta Antarabangsa Chengdu Buka Tirai_fororder_1211349899_16303059881591n

Pameran Kereta Antarabangsa Chengdu ke-24 membuka tirainya pada Ahad yang menyaksikan sekitar 1,500 buah kereta daripada lebih 120 jenama dalam dan luar negara dipertontonkan dalam acara selama 10 hari itu.

Kali ini, lebih 15 perusahaan pengeluar kereta tenaga baharu turut menyertai pameran tersebut, sekali gus merekodkan jumlah penyertaan terbesar dalam sejarah.

“Pasaran automobil China kembali mencatatkan pertumbuhan, dan trend perkembangan sektor berkenaan ke arah yang  lebih baik dalam jangka panjang tidak berubah,” kata Penolong Presiden Submajlis Automobil  Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (Auto-CCPIT), Chai Zhanxiang.

Berdasarkan statistik Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), jualan keseluruha­n kereta China mencecah 14.75 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, naik 19.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Chai menyifatkan jumlah jualan itu sebagai prestasi memberangsangkan yang sukar untuk dicapai tatkala mendepani impak pandemik dan persekitaran luar yang rumit. 

Menurut pihak penganjur, pada pameran kali ini ruang pameran untuk kereta tenaga baharu lebih luas berbanding sebelum ini.

Pengarah perhubungan awam syarikat automobil Build Your Dream (BYD), Luo Hao berkata, pasaran kereta tenaga baharu dilihat semakin matang dan dinamik.

Jelas Luo, ia susulan peningkatan taraf teknologi serta infrastruktur sokongan yang semakin sempurna.

张哲