Sten Vermund: Penyiasatan Asal Usul COVID-19 Dipolitikkan

2021-08-30 13:30:00  CRI
Share with:

Sten Vermund: Penyiasatan Asal Usul COVID-19 Dipolitikkan_fororder_0830_3

Inti sari laporan mengenai asal usul COVID-19 yang dibuat oleh jabatan risikan Amerika Syarikat (AS) diumumkan pada 27 Ogos lalu. Namun, laporan yang dihasilkan dalam 90 hari itu gagal memberi jawapan kepada asal usul virus maut itu. 

Dekan Institut Kesihatan Awam Univertsiti Yale, Dr Sten Vermund menyatakan bahawa krisis patut diselesaikan menggunakan sains, bukannya politik.

Beliau mengatakan, komuniti perisik seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA) ialah jabatan penyiasatan yang mengkhususkan bidang politik, kebudayaan dan ekonomi. Mereka tidak layak dalam penyiasatan kesihatan awam atau virologi.

Dr Vermund berpendapat, laporan tersebut bermotifkan politik kerana tekanan politik yang amat besar dari dalam negeri. Walaupun semua pihak ingin tahu asal usul koronavirus itu, tetapi mustahil komuniti perisik memberikan jawapan.  

Baginya, penyiasatan dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (CDC) AS dan jabatan kawalan penyakit di China serta jabatan sains yang lain akan lebih bermakna.

Beliau menambah, penyiasatan asal usul COVID-19 merupakan perkara yang baik, tapi malangnya ia telah dipolitikkan. Kebocoran virus dari Makmal Virologi Wuhan tidak berasas.

胡星