Pembinaan Landasan Lapangan Terbang Bangladesh Dilancarkan

2021-08-30 14:42:37  CRI
Share with:

Projek mengubahsuai landasan lapangan terbang di laut yang pertama di Bangladesh dilancarkan di Cox's Bazar pada Ahad.

Projek pembinaan itu dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Kejuruteraan Awam China (CCECC) dan Badan Usahasama Biro Laluan Pelayaran Yichang Sungai Yangtze.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menghadiri upacara pelancaran tersebut secara maya dan menyampaikan ucapan.

Menurut beliau, projek tersebut merupakan salah satu projek penting yang berkaitan dengan kehidupan rakyat. Pihaknya komited membina kawasan Cox's Bazar sebagai pusat penerbangan antarabangsa bagi mendorong pertumbuhan ekonomi di kawasan terbabit.

Duta besar China, Li Jiming ketika menyampaikan ucapan berkata, China dan Bangladesh telah mengadakan kerjasama yang meluas di bawah inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) khususnya dalam bidang pembinaan prasarana. Projek mengubahsuai landasan lapangan terbang tersebut diyakini dapat mendorong pembangunan sektor pelancongan dan kemakmuran ekonomi di kawasan Cox's Bazar.

徐国玮