Pameran Budaya dan Pelancongan CIFTIS Curi Tumpuan

2021-08-31 14:36:43  CRI
Share with:

Pameran Budaya dan Pelancongan CIFTIS Curi Tumpuan_fororder_vvv

Pameran bertema budaya dan pelancongan antara lapan acara utama Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS), mencuri perhatian ramai hingga menarik penyertaan lebih 1,100 perusahaan.

Setakat Sabtu lalu, semua gerai pameran budaya dan pelancongan ditawarkan habis ditempah dengan hampir 100 buah syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 serta 60 perusahaan asing mengesahkan penyertaan mereka.

Difahamkan, pameran yang dikendalikan secara hibrid itu akan memperkenalkan produk baharu dan teknologi terkini industri budaya dan pelancongan menerusi slot demonstrasi, forum, sesi promosi dan lain-lain.

Dengan ruang pameran seluas 22,400 meter persegi membabitkan tiga pavilion di Taman Shougang di daerah Shijingshan, Beijing, ia menyajikan empat pameran bertema secara fizikal kepada pengunjung.

Selain itu, ruang pameran maya berteknologi tiga dimensi dan platform khidmat penstriman langsung juga disediakan khusus bagi memenuhi keperluan pemain industri berkenaan.

CIFTIS 2021 yang dijadual membuka tirainya di Beijing pada 2 September, bakal menghimpunkan 11,555 pempamer dari 153 negara dan wilayah secara dalam dan luar talian.

董筱娉