Xi Utus Kawat Tahniah Kepada Sultan Abdullah

2021-08-31 15:30:56  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahatas sempena Hari Kebangsaan Malaysia hari ini.

Xi berkata, sejak mencapai kemerdekaan pada 64 tahun lalu, Malaysia telah mencapai kejayaan yang besar dalam pembangunan negara. Taraf hidup rakyat kian meningkat dan peranan Malaysia dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa kian penting.

Beliau mengatakan bahawa China dan Malaysia adalah negara jiran yang bersahabat sejak sekian lama. Kedua-dua negara bekerjasama memerangi pandemik COVID-19, mencari pembangunan bersama, di samping memberikan sumbangan kepada kemakmuran dan kestabilan serantau.

Xi menyatakan bahawa beliau memberikan perhatian tinggi terhadap perkembangan hubungan China dengan Malaysia, dan bersedia bersama-sama Yang di-Pertuan Agong memperkasakan kerjasama melawan wabak, membina inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan bermutu tinggi, meningkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif ke tahap yang lebih tinggi agar memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

徐国玮