Sekurang-kurangnya 10 Dibunuh Serangan Udara AS

2021-08-31 15:04:33  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 10 Dibunuh Serangan Udara AS_fororder_8311

Sekurang-kurangnya 10 Dibunuh Serangan Udara AS_fororder_8312

Serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) di Kabul, Afghanistan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh termasuk 6 kanak-kanak. Antaranya seorang warga Afghanistan yang berkhidmat untuk jabatan asing di Kabul.

Pelapor biro Kumpulan Media China (CMG) di Kabul telah membuat laporan eksklusif terhadap lokasi serangan udara tentera AS semalam dan mendapati tiada kesan letupan kali kedua di tempat kejadian, bukan seperti yang dikatakan AS, iaitu serangan udara mencetuskan letupan bom kereta yang mengakibatkan kematian ramai.

Menurut seorang penduduk tempatan, tiada bahan letupan dalam kereta, sebaliknya serangan udara AS yang mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat jelata itu.

Tentera AS selepas serang udara mengumumkan, serangan itu telah membunuh seorang anggota Daesh yang ingin meletupkan bom kereta berani mati.

Leftenan tentera laut AS, Bill Urban kemudian mendakwa, serangan udara itu mengenakan sebuah kereta yang membawa ramai pengganas, disyaki meletupkan bahan letupan dalam kereta yang mengakibatkan letupan kali kedua yang berskop besar itu.

胡星