Xi Ucap Takziah atas Pemergian Jacques Rogge

2021-09-01 11:59:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat takziah kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach atas pemergian mantan Presiden IOC, Jacques Rogge pada 30 Ogos.

Xi menyatakan bahawa Jacques Rogge ialah sahabat baik dan lama rakyat China. Mendiang memberikan perhatian dan menyokong pembangunan sukan dan Olimpik di China, dan memberikan sumbangan penting bagi menjayakan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Xi mengatakan bahawa China mementingkan peranan penting Olimpik dalam pembangunan masyarakat, dan komited bersama-sama IOC memberikan sumbangan lebih besar kepada perkembangan Olimpik dunia.

覃淼