Anas Haqqani: Tentera AS Pemusnah di Afghanistan

2021-09-01 12:21:49  CRI
Share with:

Anas Haqqani: Tentera AS Pemusnah di Afghanistan_fororder_0901taliban

Pemimpin tinggi Taliban, Anas Haqqani menyatakan, dalam tempoh 20 tahun lepas, tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa Taliban membunuh rakyat jelata, pada hakikatnya tentera AS ialah pihak yang melakukan pemusnahan di negara itu.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan pelapor Kumpulan Media China (CMG) di Kabul di lapangan terbang Kabul semalam.

Anas Haqqani menyatakan, lapangan terbang Kabul telah dirosak dan orang awam telah melihat apa yang telah dibuat oleh tentera AS apabila ia berundur.

Yang diketahui umum bahawa AS membuat laporan negatif tentang Taliban dalam tempoh 20 tahun lalu, menyebut Taliban membunuh rakyat jelata dan memusnahkan bandar. Padahal sejak Taliban memasuki kabul, tiada apa-apa sahaja dimusnahkan di bandar itu.

Anas Haqqani menegaskan, Taliban tidak mahu lapangan terbang dirosak kerana ia simbol kedaulatan negara. Tambahan pula, kapal terbang juga harta negara. Namun, tentera AS memusnahkan kapal-kapal terbang dan kebanyakan kemudahan berkaitan. Tabiban tidak akan berdiam-diam sahaja, sebaliknya akan berusaha memulihkan pengoperasian lapang terbang agar ia berkhidmat untuk kepentingan negara.

胡星