China Undi Berkecuali mengenai Isu Afghanistan

2021-09-01 12:11:27  CRI
Share with:

China membuang undi berkecuali terhadap sebuah resolusi tentang isu Afghanistan sempena sesi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing semalam menjelaskan bahawa China mempunyai kesangsian terhadap resolusi tersebut dari segi mustahaknya, mendesaknya dan kandungannya.

Tegas beliau, China tidak menyokong langkah memaksa kelulusan resolusi berkenaan apabila masih wujud perselisihan antara pelbagai pihak.

Difahamkan, Majlis Keselamatan melulukan resolusi yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis yang menuntut Taliban Afghanistan patuh akan komitmennya iaitu membenarkan warga Afganistan dan asing berundur dari negara itu secara teratur. China dan Rusia membuang undi berkecuali.

Wang Wenbin mengulas bahawa negara-negara berkaitan mengedarkan draf resolusi tersebut pada 27 Ogos dan mahu pengundian diadakan pada 30 Ogos. Walaupun China mempunyai kesangsian terhadap draf itu, namun tetap aktif terlibat dalam perbincangan dan mengemukakan cadangan pindaan yang rasional bersama pihak Rusia. Adalah menyesal bahawa cadang China itu tidak diterima.

Katanya, situasi domestik Afganistan telah berubah secara menyeluruh dan sebarang tindakan Majlis Keselamatan harus diambil bagi meredakan situasi, bukannya meruncingkan ketegangan.

Beliau menegaskan bahawa kekacauan di Afghanistan ada kaitan langsung dengan pengunduran tentera asing yang tergesa-gesa dan tidak teratur.

Wang mengatakan, negara-negara berkaitan diharap dapat menyedari bahawa pengunduran tentera bukanlah menandakan tamatnya tanggungjawab mereka. Negara berkaitan harus mengambil iktibar, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Afghanistan, serta menghormati hak rakyat negara itu untuk menentukan nasib dan masa depan sendiri.

胡星