Konvensyen 5G Sedunia 2021 Buka Tirai

2021-09-01 15:42:24  CRI
Share with:

Konvensyen 5G Sedunia 2021 Buka Tirai_fororder_20210901154151

Konvensyen 5G Sedunia 2021 membuka tirainya di Beijing pada Selasa.

Dengan tema utama "5G+ By All For All", konvensyen itu memberi fokus kepada infrastruktur digital, integrasi teknologi 5G dengan industri berkenaan, serta kerjasama antarabangsa dalam pembangunan 5G.

Konvensyen 5G Sedunia 2021 Buka Tirai_fororder_202109011541512

Konvensyen itu merangkumi pelbagai jenis acara termasuk forum, pameran dan pertandingan perekaan aplikasi 5G.

Konvensyen 5G Sedunia 2021 disertai lebih 1,500 peserta antaranya pakar dan usahawan dari 20 negara secara hibrid.  

Konvensyen 5G Sedunia 2021 Buka Tirai_fororder_202109011541513

Lebih 620 hasil integrasi 5G dengan pelbagai sektor akan dipamerkan dalam konvensyen kali ini bagi mempromosi model komersial baharu yang didukung 5G.

Konvensyen 5G Sedunia 2021 Buka Tirai_fororder_202109011541514

China kini mempunyai stesen pemancar 5G yang jumlahnya mewakili lebih 70 peratus keseluruhan dunia. Sementara itu, akses kepada rangkaian 5G mencatat hampir 400 juta, iaitu lebih 80 peratus di dunia.

张哲