CIFIT Ke-21 Terap Konsep Hijau

2021-09-02 13:15:21  CRI
Share with:

Konsep hijau diterapkan dalam penganjuran Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan dan Perdagangan (CIFIT) ke-21 yang dijadual berlangsung di sini pada 8 hingga 11 September.

Menurut pihak penganjur, semua gerai pameran memperlihatkan idea reka bentuk sederhana dengan menggunakan bahan kitar semula, sementara mengurangkan penggunaan peranti yang memerlukan lebih banyak tenaga seperti skrin paparan mega.

Kawalan bunyi bising semasa pameran serta pengurusan secara digital dan pengangkutan mesra alam merupakan antara yang diambil kira pihak penganjur.

Selain itu, sijil pempamer dan risalah promosi juga disiapkan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula, dan produk plastik tak boleh urai dilarang digunakan sepanjang penganjuran pameran.

Beberapa seminar dan sidang kemuncak yang memfokuskan kepada penjimatan tenaga, perlindungan alam dan rendah karbon akan turut diadakan sempena CIFIT kali ini.

Inisiatif tersebut sebagai menyahut visi kerajaan untuk mewujudkan sasaran puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan neutral karbon menjelang 2060.

梁靓