Perdagangan Multilateral Amat Signifikan: Carrie Lam

2021-09-02 12:05:18  CRI
Share with:

Perdagangan multilateral memperlihatkan nilai yang sangat signifikan apabila amalan perlindungan terus berleluasa pada masa ini, kata Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor pada Rabu.

Semasa berucap pada majlis perasmian Forum Kemuncak Jalur dan Laluan keenam di Hong Kong, beliau  turut menyatakan keyakinan bahawa forum yang memfokuskan perdagangan antarabangsa itu dapat menyumbang kepada peningkatan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), selain merancakkan perdagangan multilateral.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang juga Pengerusi Persekutuan Industri dan Perniagaan Seluruh China (ACFIC), Gao Yunlong dalam ucapannya menerusi pautan video menyifatkan Hong Kong sebagai wadah penting bagi pembangunan Jalur dan Laluan.

Menurut beliau, dengan memanfaatkan kelebihan tersendiri dalam bidang kewangan dan perdagangan antarabangsa serta perkhidmatan profesional, Hong Kong memainkan peranan sebagai penghubung penting bagi menggalakkan kerjasama BRI.

Dengan tema utama “Pacu Pertumbuhan menerusi Perdagangan Serantau dan Antarabangsa", forum itu merangkumi pelbagai jenis acara termasuk sesi dialog, subforum, sesi promosi pelaburan, pameran dan lain-lain.

Lebih 6,000 peserta dari 80 buah negara dan wilayah berdaftar untuk menyertai forum tersebut.

张哲