Ebrahim Raisi: AS Perosak Kedamaian Dunia

2021-09-02 15:05:23  CRI
Share with:

Presiden Iran, Ebrahim Raisi menyatakan, sejarah membuktikan bahawa kehadiran Amerika Syarikat (AS) di negara dan kawasan lain tidak bermanfaat bagi keselamatan, kestabilan dan kedamaian dunia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi di Afghanistan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

Menurutnya, apa yang berlaku di Afghanistan dalam dua dekad lalu merupakan tanda tindakan mencabul hak asasi manusia. Ditinjau dari jumlah wanita dan kanak-kanak yang dibunuh atau cedera, ia telah membuktikan "malapetaka yang sunyi" sedang menimpa negara itu.

Tegas beliau, kehadiran AS di negara dan kawasan lain tidak pernah membawa keselamatan, sebaliknya merosakkan keselamatan, kestabilan dan kedamaian di tempat terbabit.

徐国玮