Xi: Tingkatkan Keterbukaan, Galak Pemulihan Ekonomi Global

2021-09-02 21:45:05  CRI
Share with:

Xi: Tingkatkan Keterbukaan, Galak Pemulihan Ekonomi Global_fororder_2021090220405547359

 

Presiden China, Xi Jinping menyatakan perdagangan perkhidmatan ialah komponen penting dalam perdagangan antarabangsa, dan bidang penting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan global. Ia amat signifikan dalam pembinaan pola pembangunan baharu. China bersedia bersama-sama pelbagai pihak memperkasakan keterbukaan dan kerjasama, mewujudkan situasi saling menguntungkan dan menang-menang, berkongsi peluang pembangunan perdagangan perkhidmatan agar menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi global.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan video pada Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global sempena Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIC) 2021 pada Khamis.

Beliau menyatakan, China akan meningkatkan tahap keterbukaan, melaksanakan senarai negatif perdagangan perkhidmatan rentas sempadan di seluruh negara, dan membina zon demonstrasi pembangunan inovatif perdagangan perkhidmatan peringkat kebangsaan.

Pada masa yang sama, China akan meneroka ruang kerjasama yang lebih luas, meningkatkan sokongan kepada pembangunan sektor perkhidmatan di negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan berkongsi hasil pembangunan teknologi negara ini dengan dunia.

Selain itu, Xi menegaskan, China akan mempergiat pembinaan peraturan dalam sektor perkhidmatan, menyokong Beijing dan beberapa kawasan lain meneroka kaedah menyelarasan peraturan domestik dengan perjanjian perdagangan bebas tahap tinggi di dunia, dan menubuhkan zon demonstrasi perdagangan digital.

Beliau menambah bahawa China akan terus menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencapai pembangunan dipacu inovasi, mempergiat pembaharuan New Third Board, menubuhkan Bursa Sekuriti Beijing, dan membina platform untuk berkhidmat kepada PKS yang berorientasikan inovasi.

CIFTIS 2021 yang bertemakan "ke masa depan digital dan pembangunan dipacu perkhidmatan" berlangsung di Beijing pada 2 hingga 7 September.

王瑾