Xi Utus Kawat Tahniah kepada Forum Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 Bantuan Juncao China kepada Luar

2021-09-02 15:14:06  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Forum sempena Sambuatan Ulang Tahun ke-20 Bantuan Juncao China kepada luar, dan juga Kerjasama Pembangunan Mampan yang diadakan secara hibrid hari ini.

Xi menyatakan bahawa juncao antara teknologi unik milik China, ia boleh "menggantikan kayu dengan rumput". Juncao dapat memanfaatkan tiga sumber pertanian utama iaitu cahaya, haba dan air, mewujudkan kitaran antara tanaman, haiwan dan kulat, di samping menggabungkan tiga kesan utama iaitu ekonomi, masyarakat dan persekitaran. Teknologi ini kondusif demi keselamatan ekologi, makanan dan tenaga.

Pada tahun 2001, pangkalan demonstrasi teknologi juncao pertama China dibina di Papua New Guinea. Setakat ini, teknologi ini telah dipromosikan ke lebih 100 buah negara. Kerjasama ini membantu kawasan berkenaan dalam membasmi kemiskinan, menambah peluang pekerjaan, menggunakan sumber yang boleh diperbaharui, dan menghadapi cabaran perubahan iklim. Teknologi juncao telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan tempatan dan menambah baik kesejahteraan rakyat, dan disambut baik di negara-negara membangun.

Forum kali ini dianjurkan bersama Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa Negara dan kerajaan provinsi Fujian.

覃淼