China komited Kukuhkan Hubungan China dan Vietnam

2021-09-03 14:58:26  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping komited mengukuhkan hubungan China dan Vietnam yang sihat dan stabil.

Demikian dikatakan beliau dalam perutusan tahniah kepada Setiausaha Agung  Parti Komunis  Vietnam, Nguyen Phu Trong dan presiden Nguyen Xuan Phucas sempena ulang tahun ke-76 Republik Sosialis Vietnam.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata, pembangunan parti dan negara Vietnam berjalan lancar sejak tahun lepas.  Pelaksanaan tadbir urus  kumpulan pucuk pimpinan baharu telah menggariskan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara itu pada masa depan. Rakyat Vietnam dipercayai akan  menjayakan pelbagai misi yang ditetapkan dalam Kongres Vietnam ke-13  dan merealisasikan dua matlamat seratus tahun.

Menurut Xi,  China dan Vietnam mempunyai hubungan kejiranan yang baik dan merupakan komuniti berkongsi nasib yang berstrategik. Usaha mengintensifkan perkongsian strategik  dan komprehensif selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara.

胡星