Laluan Pengangkutan Baharu Rancak Perdagangan China, ASEAN

2021-09-03 14:57:23  CRI
Share with:

Laluan Pengangkutan Baharu Rancak Perdagangan China, ASEAN_fororder_499619068

Laluan pengangkutan baharu yang dibina bersama China dengan beberapa negara ASEAN termasuk Singapura mencapai kemajuan memberangsangkan pada separuh pertama tahun ini.

Menjadikan bandar Chongqing sebagai habnya, laluan tersebut bakal menghubungkan negara-negara ASEAN dengan beberapa wilayah di bahagian barat China termasuk Guangxi, Guizhou, Gansu, Qinghai dan Xinjiang.

Laluan yang merangkumi pengangkutan darat dan laut itu menyasar untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, kargo berkenaan akan dihantar melalui landasan kereta api atau lebuh raya di Guangxi yang bersempadan dengan ASEAN terlebih dahulu, sebelum dieksport ke seberang laut.

Laluan pengangkutan baharu itu lebih  menjimatkan masa berbanding dihantar menerusi pelabuhan-pelabuhan di bahagian timur China.

Petugas syarikat Sinotrans cawangan pelabuhan Qinzhou, Wu Qiuyuan berkata, urusan kargo di kastam dikendalikan secara lebih efisien susulan pembukaan kaunter khusus untuk laluan pengangkutan baharu tersebut.

“Kargo yang dikendalikan syarikat kami dapat selesai diperiksa di kastam dalam masa separuh jam sahaja, kemudian terus dihantar ke Thailand menggunakan kapal,” kata Wu.

Selain ciri-ciri lebih ekonomik, efisien dan selamat, konsep mesra alam turut diutamakan dalam proses pembinaan laluan pengangkutan tersebut.

张哲