41 Maut di AS Akibat Ida

2021-09-03 12:26:39  CRI
Share with:

Angka kematian akibat hujan lebat, banjir dan puting beliung ekoran Taufan Ida yang membadai kawasan di timur-laut Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 41 orang.

Menurut media setempat, Gabenor negeri New Jersey, Phil Murphy mengesahkan bahawa terdapat 23 orang terkorban akibat bencana ini di negeri itu.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS (USNWS) memberikan amaran hujan lebat dan banjir demi bandar New York pada malam kelmarin agar langkah kecemasan diambil, selain sistem subway ditutup secara mendesak.

Menurut pegawai setempat, sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam bencana ini di bandar itu.

覃淼