China: Kanada Digesa Bebaskan Puan Meng Wanzhou

2021-09-03 14:59:45  CRI
Share with:

Kanada digesa membebaskan Puan Meng Wanzhou agar balik ke China dengan selamat.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada satu sidang media semalam.  Beliau turut menggesa pihak Kanada menghentikan kegiatan mengelirukan media dan mencemarkan imej China dan membetulkan kesalahannya. 

Wang berkata, kes Meng Wanzhou sama sekali berbeza dengan kes kedua-dua warga Kanada,  Michael Spavor dan Michael Kovrig yang  jenayah mereka mempunyai bukti kukuh.   

China kerap kali menegaskan pendirian mengenai kes jenayah kedua-dua warga Kanada tersebut. Menurut maklumat,  jabatan kehakiman China akan menangani kes berkenaan di sisi undang-undang berdasarkan bukti yang tidak dapat dipertikaikan di samping menjamin hak dan kepentingan yang sah mereka.

Menurut Wang Wenbin,  Kanada bersubahat dengan AS melakukan penganiayaan politik terhadap warga negara China dengan mengabaikan hakikat bahawa Puan Meng tidak pernah melanggar sebarang undang-undang negaranya. Sebaliknya, Kanada mengeksploitasi kes kedua-dua warga negaranya dan memfitnah China melakukan "penahanan sembarangan" dan "diplomasi paksa". 

胡星