China Komited Memelihara Alam Sekitar Dalam Proses Pembangunan

2021-09-04 14:44:01  CRI
Share with:

China selaku sebuah negara yang berpopulasi 1.4 bilion penduduk, komited menghormati dan memelihara alam sekitar dalam pembangunannya.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian dalam ucaptamanya semasa menghadiri majlis perasmian Kongres Pemuliharaan Dunia (WCC) ke-7 secara maya semalam.

Li menyatakan bahawa konsep simbiosis antara manusia dengan alam sekitar wujud dalam budaya tradisional China. Kerajaan China mengutamakan perlindungan persekitaran dan pembangunan lestari pada beberapa tahun lalu.

Presiden China, Xi Jinping mengemukakan cadangan demi membina komuniti berkongsi nasib simbiosis antara manusia dengan alam sekitar dalam Sidang Kemuncak Iklim yang berlangsung pada bulan April lalu.

Kongres yang bertemakan “Alam sekitar yang sama, masa depan yang sama”anjuran bersama kerajaan Perancis dan Persekutuan Perlindungan Alam Antarabangsa (ICUN).

覃淼