China Perkasakan Pembangunan Kenderaan Tenaga Alternatif

2021-09-05 16:25:24  CRI
Share with:

China Perkasakan Pembangunan Kenderaan Tenaga Alternatif_fororder_0905kenderaankereta

Industri kenderaan China berkembang dengan stabil  pada lapan bulan pertama tahun ini.

Demikian dinyatakan Naib Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), Xin Guobin pada Forum Antarabangsa Pembangunan Industri Kenderaan China yang dirasmikan di bandar Tianjin Sabtu lalu.

Menurut Xin, statistik peringkat awal menunjukkan, jumlah jualan kenderaan akan melebihi 16 juta pada bulan Januari hingga Ogos lalu, meningkat 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, manakala jumlah pengeksportan kenderaan lengkap mencatat sejuta pada bulan Januari hingga Julai lalu, meningkat 124 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Selain itu, jumlah penghasilan dan jualan kenderaan tenaga alternatif melebihi 1.7 juta, meningkat dua kaliganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas pada bulan Januari hingga Ogos.

Beliau menambah, industri kenderaan China berpresitasi baik dari segi penghasilan dan pengeksportan kenderaan meningkat dengan stabil,  kenderaan tenaga alternatif dan kenderaan jaringan pintar berkembang pesat, dan teknologi inovatif  mencapai kemajuan baharu. Misalnya, teknologi  mengecaj bateri yang pantas menyuntik tenaga baharu bagi industri tersebut.

Menurut pegawai MIIT itu pula, matlamat yang dikemukakan China untuk mencapai puncak pelepasan karbon dioksida dan status neutral karbon menggariskan hala tuju perkembangan industri kenderaan.  Kerjasama rantai industri berkenaan, usaha menggalakkan industri, produk, pengangkutan dan sumber tenaga dengan pelepasan karbon rendah diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut .

胡星