Pertubuhan Antarabangsa Kutuk Kudeta di Guinea

2021-09-06 12:20:27  CRI
Share with:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam berlakunya kudeta di Guinea dan menggesa supaya pemberontak membebaskan Presiden Alpha Conde serta-merta.

Setiausaha Agung, Antonio Guterres menerusi ciapan di Twitter pada Ahad berkata, beliau sendiri mengikuti rapat situasi semasa di Guinea, dan menentang sekerasnya sebarang cubaan mengambil alih kuasa menerusi kekerasan.

Dalam pada itu, beberapa organisasi antarabangsa antaranya Kesatuan Afrika (AU) dan Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) juga lantang mengecam tindakan pemberontak Guinea.

董筱娉