Kerjasama China, Negara BRI Terus Berputik

2021-09-06 14:17:07  CRI
Share with:

Tahun ini genap lapan tahun Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) disarankan.

Sepanjang lapan tahun lalu, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Chinia dengan negara-negara BRI terus berputik hingga mencapai kemajuan yang amat memberangsangkan.

Pelabuhan Lekki, projek usaha sama penting China dan Afrika menerusi BRI, sedang giat dibina di Teluk Guinea yang berjarak 60 kilometer dari timur Lagos, bandar terbesar Nigeria.

Selepas siap, ia akan menjadi salah satu pelabuhan air dalam terbesar di Afrika Barat, yang mampu menjana pembangunan ekonomi serantau.

Sementara itu, pelbagai projek ikonik lain antaranya saluran paip gas asli China-Myanmar, pelabuhan Piraeus Greece, landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung dan banyak lagi berjaya dilaksanakan, sekali gus memberi jaminan kepada pembangunan ekonomi negara-negara terlibat.

Menurut data Kementerian Perdagangan China, pelaburan langsung China di negara-negara BRI bagi tempoh tahun 2013 hingga 2020 mencecah USD136 bilion (RM563 bilion), manakala pelaburan negara-negara BRI di China direkodkan sebanyak USD60 bilion (RM248 bilion).

张哲