Beijing Lancar Kempen, Mahu Wujudkan Pusat Penggunaan Antarabangsa

2021-09-06 15:43:45  CRI
Share with:

Jabatan Perusahaan Beijing melancarkan 'Program Pelaksanaan Pembinaan Bandar Pusat Penggunaan Antarabangsa Beijing' pada Ahad sempena berlangsungnya Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2021.

Difahamkan, program tersebut akan meliputi 10 kempen iaitu pembinaan mercu tanda baharu, pembentukan matriks jenama, inovasi penggunaan digital, penerokaan potensi penggunaan sektor kebudayaan dan pelancongan, peningkatan kualiti penggunaan sektor sukan, pendidikan dan perubatan, penaiktarafan pameran dan logistik moden, pembentukan persekitaran penggunaan serta jaminan kerjasama mekanisme penggalakan penggunaan.

Ketua Jabatan Perusahaan Beijing, Yan Ligang menyatakan bandar ini akan bekerja keras untuk tempoh lima tahun untuk menjadikan ia sebagai bandar pusat penggunaan antarabangsa yang berpengaruh, berdaya saing dan mempunyai reputasi baik di seluruh dunia.

"Sebagai contoh, menerusi kempen pembentukan matriks jenama, kita menyasarkan jenama dari dalam dan luar negara akan membuka lebih 3000 kedai menjelang 2025.

"Manakala, 'Jenama Tradisional Beijing' dijangka akan bertambah sebanyak 230 buah, sambil membina 10 kawasan himpunan gerai," ujar Yan.

Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa lebih 100 jenama penggunaan baharu akan turut bangunkan.

张宪