AS Perlu Kerjasama dengan China Tangani COVID-19

2021-09-06 16:37:04  CRI
Share with:

AS perlu menjalankan kerjasama dengan China dalam memerangi penularan pandemik COVID-19, kata Pengerusi Suruhanjaya COVID-19 Lancet, Dr Jeffrey Sachs.

Beliau yang juga ahli ekonomi AS dalam temu bual bersama akhbar “The Star” Malaysia menerusi emel berkata, keengganan AS bekerjasama dengan China antara faktor yang menyebabkan dunia gagal memberi respons mencukupi untuk menangani pandemik.

Menurutnya, China telah melakukan yang terbaik bagi membendung penularan wabak. Ia boleh dan patut dipelajari dengan lebih banyak oleh dunia.

Tambah beliau, AS patut belajar cara yang baik untuk bekerjasama dengan China, dan bukannya mengenakan kehendaknya ke atas negara itu.  

张哲