Iran: Rundingan Nuklear Diteruskan secara Berprinsip

2021-09-07 15:15:15  CRI
Share with:

Rundingan isu nuklear Iran akan diteruskan secara berprinsip bagi memastikan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan janjinya di bawah perjanjian komprehensif berhubung isu tersebut.

Demikian dinyatakan  jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh dalam satu taklimat media pada Isnin.

Beliau turut menggesa AS supaya membawa agenda yang benar untuk rundingan yang bakal berlangsung di Vienna.

Katanya, rundingan berkenaan perlu mengutamakan kepentingan rakyat Iran yang selalu diabaikan gara-gara AS melanggar perjanjian dan negara Eropah tidak melakukan yang diwajibkan.  

张哲