China Bina Institusi Penyelidikan Data Raya SDG Pertama di Dunia

2021-09-07 11:32:16  CRI
Share with:

China Bina Institusi Penyelidikan Data Raya SDG Pertama di Dunia_fororder_微信图片_20210907100340

China menubuhkan sebuah Pusat Penyelidikan Data Raya untuk Pembangunan Mampan di sini, pada Isnin.

Institusi penyelidikan antarabangsa yang pertama seumpanya di dunia itu difahamkan akan membantu dalam melestarikan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerusi data raya.

Terdahulu, sebanyak 193 negara anggota PBB bersetuju dengan penetapan 17 buah Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dengan 169 matlamat secara terperinci ketika berlangsungnya Perhimpunan PBB ke-70.

Antaranya, SDGs yang ditetapkan adalah untuk menyelesaikan secara menyeluruh tentang masalah berkaitan pembangunan termasuk isu masyarakat, ekonomi dan alam sekitar, sekali gus membolehkan manusia berkembang ke arah lestari.

Namun, masalah seperti kekurangan data, ketidakseimbangan pembangunan dan hubungan antara pelbagai matlamat tersebut telah menjadi cabaran dalam merealisasikan SDGs.

Sehubungan itu, institusi yang baru ditubuhkan itu akan membina sistem pemantauan dan penilaian SDGs sejagat yang secara tidak langsung mampu menyediakan perkongsian data, sokongan sains, teknologi dan dasar berkaitan kepada agensi di bawah PBB serta negara-negara anggota PBB.

曹捷