China Gesa Bebaskan Presiden Guinea

2021-09-07 12:07:48  CRI
Share with:

China menentang rampasan kuasa yang berlaku di Republik Guinea dan menggesa supaya Presiden Alpha Conde dibebaskan dengan segera.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Beliau turut menyeru pihak-pihak terlibat kekal bertenang dan menahan diri, menyelesaikan masalah menerusi dialog demi menjamin kepentingan asas negara dan rakyat, di samping memelihara ketenteraman dalam negeri.

张哲