Mesyuarat Menteri Perdagangan BRICS Berhasil

2021-09-07 14:31:34  CRI
Share with:

Mesyuarat ke-11 menteri perdagangan negara-negara BRICS diadakan secara maya pada Jumaat lalu dan mencapai hasil signifikan.

Demikian dimaklumkan Naib Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Chen Chao pada Isnin.

Menurutnya, lima negara BRICS komited memperkasa sinergi antarabangsa dalam melawan wabak COVID-19, mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan meningkatkan lagi kerjasama pragmatik.

Para menteri berjanji mempergiat kerjasama melibatkan pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), rantaian bekalan global, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pelaburan antarabangsa dan sebagainya.

BRICS juga akan merebut peluang yang dicetuskan ekonomi digital dan pembangunan hijau, selain mengutamakan peranan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam memacu sektor perdagangan dan pelaburan.

Beliau menambah, China bersedia bersama-sama anggota lain  BRICS meneroka peluang kerjasama baharu dalam sektor tersebut, sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia.

梁靓