BRI Saksikan Rakan Kongsi Lebih Rapat

2021-09-07 16:56:14  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping semasa lawatannya di Kazakhstan dan Indonesia lapan tahun lalu, mengesyorkan inisiatif Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 atau dikenali BRI, bertujuan membentuk wadah kerjasama yang terbuka dan menawarkan penjana baharu kepada pembangunan serantau.

Tatkala pandemik COVID-19 membadai serata dunia, negara-negara terlibat dalam BRI menggembleng tenaga untuk mengharungi masa kesusahan sekali gus terus mempergiat kerjasama berorientasikan inisiatif berkenaan.

Solidariti dan sinergi itu turut memberikan keyakinan kepada masyarakat antarabangsa, selain menyumbang kepada usaha sama memerangi wabak dan memulihkan ekonomi global.

Pada separuh pertama tahun ini, barangan hantaran menerusi perkhidmatan rel kargo China-Eropah meningkat 41 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, pelaburan China kepada negara-negara BRI menyaksikan kenaikan mendadak, antaranya pelaburan langsung bukan kewangan naik 19.4 peratus.

Kini, rakan kongsi malah seluruh dunia dijanjikan lebih banyak peluang susulan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025) China serta bermulanya pembangunan negara sosialis moden secara menyeluruh.

Seperti yang ditekankan Xi, China akan terus menjunjung prinsip berteraskan damai, membangun, bekerjasama dan saling untung.

Selain terus mengamalkan dasar luar yang damai dan berdikari dan menempuh jalan pembangunan secara damai, China akan berusaha menggerakkan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu, menggalakkan pewujudan komuniti berkongsi nasib sesama insan, mendorong pembangunan berkualiti membabitkan BRI, dan menyediakan peluang baharu kepada seluruh dunia.

Inisiatif BRI yang diketengahkan pada lapan tahun lalu, telah membawa banyak peluang dan limpahan kepada negara lain, sekali gus menjadi wadah kerjasama berskala terbesar di dunia.

Setakat ini, terdapat 140 buah negara yang memeterai dokumen kerjasama BRI dengan China, dengan jumlah kumulatif perdagangan melepasi USD9.2 trilion (RM38.2 trilion).

Selain itu, jumlah pelaburan langsung perusahaan China menyasar negara terlibat dalam BRI juga mencatat USD130 bilion (RM539.96 bilion).

董筱娉