AS Digesa Dukung Usaha Sama Global Perangi Pandemik dan Cari Punca Virus

2021-09-07 11:47:27  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa supaya mendengar suara yang objektif dan rasional daripada masyarakat antarabangsa, di samping menunjukkan solidariti daripada konfrontasi.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, sebagai reaksi terhadap huraian Pengerusi Suruhanjaya COVID-19 Lancet, Dr Jeffrey Sachs bahawa keengganan AS untuk bekerjasama dengan China antara faktor yang menyebabkan dunia gagal memberi respons kondusif terhadap penularan pandemik COVID-19.

Wang ketika berkata kepada media pada Isnin, menyeru agar AS menggalas tanggungjawab daripada menyalahkan pihak lain, sekali gus mendukung pencarian punca virus berdasarkan sains dan segala agenda untuk mempolitikkan usaha ini mesti dielak.

Beliau turut berharap agar negara itu dapat menjadi penyokong kepada usaha sama memerangi pandemik dan mencari asal usul COVID-19 di peringkat global, bukahlah pencemar kerjasama berkenaan.

董筱娉