Saiz Ruangan Pameran CAEXPO ke-18 Meningkat 13.4%

2021-09-07 13:47:37  CRI
Share with:

Keluasan ruang pameran bagi pempamer luar negara pada Ekspo China-Asean (CAEXPO) ke-18 dan Sidang Kemuncak Perusahaan dan Pelaburan China-ASEAN untuk tahun ini dicatatkan sekitar 20 ribu meter persegi.

Menurut Pejabat Sektretariat CAEXPO, ia sekali gus menyaksikan peningkatan 13.4% berbanding tahun yang lalu.

Selain itu, difahamkan bahawa edisi kali ini akan disertai oleh 397 buah syarikat dari luar negara yang akan menggunakan 905 buah ruang pameran.

Antaranya, 575 ruang pameran digunakan oleh  238 buah syarikat dari negara-negara ASEAN mempamerkan produk seperti makanan, hasil pertanian, keperluan harian, kraftangan, dan perkhidmatan pelancongan.

Di ruang pameran antarabangsa "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI) pula, pihak penganjur menyediakan sebanyak 287 ruang pameran kepada 120 buah syarikat dari 30 buah negara termasuk Pakistan, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Perancis dan Itali.

Bertemakan “Berkongsi Peluang dan Saluran Baharu Darat serta Laut, Bersama Membina Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN”, CAEXPO akan diadakan secara hibrid di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada 10 hingga 13 September ini.

张宪