Palestin, Israel Ingin Kukuh Kerjasama

2021-09-07 14:32:02  CRI
Share with:

Palestin dan Israel menyuarakan hasrat untuk mengukuhkan kerjasama dan komunikasi demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Kesepakatan itu dicapai dalam perbualan telefon Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Presiden Israel, Isaac Herzog pada Isnin sempena sambutan Rosh Hashanah, perayaan tradisional orang Yahudi.

Pada hari sama, Abbas juga menghubungi Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz untuk membincangkan keperluan meningkatkan perhubungan sesama negara pada masa hadapan.

梁靓