Persidangan Pemeterai UNFCC Diharap Beri Indikator Pelihara Multilateralisme

2021-09-08 16:56:25  CRI
Share with:

Persidangan Pemeterai UNFCC Diharap Beri Indikator Pelihara Multilateralisme_fororder_1127837724_16310158395091n

Sesi ke-26 persidangan pihak pemeterai Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCC) diharap memberi indikator politik yang kuat bagi memelihara multilateralisme, menghormati peraturan pelbagai hala dan menggalakkan pelaksanaan tindakan berkenaan.

Harapan itu dinyatakan Naib Perdana Menteri China, Han Zheng pada Selasa ketika bertemu secara maya dengan Alok Sharma, pengerusi Sidang Kemuncak Iklim PBB (COP26) yang akan diadakan di Glasgow pada November depan.

Han juga berharap supaya sesi tersebut dapat mendorong pelbagai pihak bagi menyelesaikan rundingan berkaitan butiran pelaksanaan Perjanjian Paris.

Han juga menyarankan China dan Britain mengoptimumkan kelebihan masing-masing, memperkasakan dialog dan kerjasama bagi memainkan peranan lebih penting dalam menangani perubahan iklim global.

Alok Sharma dalam pertemuan itu menyanjung kesungguhan China dalam menangani perubahan iklim.

Beliau juga menyatakan hasrat Britain untuk memperluas interaksi dan kerjasama dengan China dalam pengumpulan modal berkaitan pengendalian isu iklim, serta sumber tenaga dan perdagangan karbon.

张哲