Taman Shougang Berubah Wajah, Jadi Tapak Industri Perkhidmatan

2021-09-08 14:35:12  CRI
Share with:

Taman Shougang Berubah Wajah, Jadi Tapak Industri Perkhidmatan_fororder_微信图片_20210908125348

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2021 yang diadakan di Beijing itu secara rasminya melabuhkan tirainya pada semalam setelah berlangsung sejak 2 September.

Pada kali ini, CIFTIS berjaya menarik penyertaan sebanyak lebih 10 ribu syarikat dari 153 buah negara dan kawasan secara dalam dan luar talian.

Taman Shougang Berubah Wajah, Jadi Tapak Industri Perkhidmatan_fororder_微信图片_20210908125405

Taman Shougang, iaitu lokasi penganjuran untuk lapan pameran khas bagi CIFTIS kali ini pada dulunya merupakan pangkalan pengeluaran besi dan keluli yang penting di China.

Taman Shougang Berubah Wajah, Jadi Tapak Industri Perkhidmatan_fororder_微信图片_20210908125413

Dibina pada tahun 1919, Shougang yang dipindah ke Caofeidian, provinsi Hebei sekarang sudah berkembang menjadi syarikat tersenarai dalam 500 syarikat paling besar di dunia dengan mempunyai pekerja hampir 90 ribu orang.

Taman Shougang Berubah Wajah, Jadi Tapak Industri Perkhidmatan_fororder_微信图片_20210908125420

Manakala, kapasiti pengeluarannya pula telah mencatat 30 juta tan keluli setahun dan cawangan syarikatnya sudah ditubuhkan di pelbagai tempat di dunia.

Taman Shougang Berubah Wajah, Jadi Tapak Industri Perkhidmatan_fororder_微信图片_20210908125436

Tapak kilang Shougang yang lama yang terletak di sebelah barat bandar Beijing ini masih terpelihara dengan gaya perindustrian yang sedia ada.

Taman Shougang Berubah Wajah, Jadi Tapak Industri Perkhidmatan_fororder_微信图片_20210908125428

Manakala, bangunan lama serta alat kelengkapan pengeluaran masih tidak dimusnahkan,dan sebaliknya diubahsuai menjadi tempat yang berfungsi sebagai ruang bermesyuarat, pameran, kedai kopi, restoran dan tempat rekreasi, iaitu tempat yang wajib dikunjungi penduduk tempatan dan para pelancong.

曹捷